Aug 19, 20221 min

Jelajah trak Ayuh Malaysia bermula Sabtu ini

Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 pada 2018 lalu meningatkan rakyat kepada jelajah trak Invoke yang bergerak ke seluruh Semenanjung Malaysia dalam misi merobek kubu BN.

Mulai Sabtu 20 Ogos ini, jelajah trak yang sama akan kembali menggunakan jenama Ayuh Malaysia.

Menurut Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli jelajah kali ini akan membawakan isu isu semasa dan pandangan masa hadapan pemimpin KEADILAN mengenai sosio-ekonomi rakyat dan bagaimana mencipta peluang kerja baharu.

"Saya, Nurul Izzah Anwar dan rakan-rakan yang lain akan mula berkempen setiap minggu menjelajah ke seluruh negara.

"Kami akan mula panaskan enjin trak dan suhu kempen dengan ceramah #trakAyuhMalaysia yang pertama bagi kerusi Parlimen Setiawangsa dan Wangsa Maju serta kawasan sekitar termasuk Batu, Gombak, Ampang, Titiwangsa dan Selayang.

"Selain daripada menyentuh isu-isu panas seperti skandal LCS, kami juga akan menghuraikan idea-idea baru untuk melonjakkan Malaysia menjadi sebuah ekonomi yang kukuh dan menghasilkan pekerjaan bergaji tinggi," katanya dalam satu kenyataan.

Rafizi dalam kenyataan itu menjemput rakyat Malaysia dalam lingkungan lokasi trak Ayuh Malaysia singgah untuk keluar beramai ramai mendegar solusi yang boleh dilakukan sekiranya Pakatan Harapan menang dalam PRU ke 15

"Saya jemput semua yang mahukan masa depan yang lebih baik untuk anak-anak kita bersama-sama menghidupkan semangat #AyuhMalaysia.

"Temui saya dan rakan-rakan di hadapan Restoran Red Chairs, Jalan Wangsa Delima 6, Wangsa Maju pada hari Sabtu ini bermula jam 9 malam," katanya.

Pada masa sama, Rafizi mengumumkan trak akan tiba di Seremban, Negeri Sembilan pada minggu hadapan.

    1