Jun 20, 20211 min

Jangan ingkar titah Agong, Raja-raja Melayu

Pembahas Negeri Kelantan, Zinda Khalil Sastro Hassan menyeru kerajaan Perikatan Nasional (PN) supaya memperbetulkan keadaan segera dengan mengadakan semula sidang Parlimen dan menamatkan darurat.

Beliau berkata, ia masih belum terlambat walaupun kerajaan PN sudah dianggap sebagai kerajaan yang gagal.

"Darurat dijadikan alasan untuk atasi masalah Covid-19, tapi kita tahu ia digunakan untuk kekalkan kuasa.

"Parlimen ditutup dan dana dikeluarkan tanpa dibahas dan dibentang, tanpa mendapat kelulusan Parlimen, jadi mereka akan guna sesuka hati," katanya.

Justeru, beliau menggesa kerajaan supaya bertindak segera.

"Parlimen perlu dibuka segera seperti mana titah Agong dan Raja-raja Melayu, kerajaan jangan ingkar arahan raja-raja.

"Tak perlu berdolak dalik, arahannya adalah segera. Darurat juga perlu ditamatkan segera, ini satu malapetaka kepada kita semua," katanya.

    1