Feb 6, 20231 min

Inisiatif baharu tambah pendapatan B40 akan diumumkan

Beberapa Inisiatif baharu untuk membantu golongan miskin dan muda menjana pendapatan tambahan akan diumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pembentangan Belanjawan 2023.

Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli berkata inisiatif itu akan membuka peluang kepada rakyat meningkatkan pendapatan mereka sebagai mengimbangi kesan inflasi seperti kenaikan harga barang serta menampung perbelanjaan mereka.

"Selepas akhir Februari akan diperkenal program melibatkan inisiatif meningkatkan pendapatan rakyat, merangkumi harga barang dan soal pendapatan.

"Perkara itu sudah dimasukkan dalam Belanjawan 2023. Program pilot pertama (perintis) sedang disusun dan kita tunggu belanjawan diluluskan, lepas itu kita umumkan," katanya dipetik BH.

Menurut Rafizi lagi, Parlimen Pandan akan menjadi antara lokasi perintis projek bagi mengukur keberkesanan inisiatif baharu tersebut.

"InshaAllah salah satu inisiatif untuk meningkatkan pendapatan rakyat bagi golongan miskin ini, kita akan uji dan lancar di Pandan dulu.

"Kalau berjaya, dapat sambutan baik daripada penduduk di Pandan, kita boleh sebar luaskan ke seluruh Malaysia," katanya.

    2