Aug 21, 20211 min

Industri Seni Perlu Lebih Dorongan, Kebebasan Berkarya - Afdlin Shauki

Pengarah filem dan aktivis seni tanah air, Datuk Afdlin Shauki Aksan berpendapat industri seni negara sama ada persembahan, filem, nyanyian dan sebagainya perlu lebih banyak dorongan pelaburan dari kerajaan.

Katanya, sikap lama yang tidak mengambil kisah kepada industri seni tidak wajar dikekalkan. Anak seni tidak boleh dilihat sebagai mencabar golongan politik melalui pengaruh mereka tetapi perlu dianggap bakat yang berharga.

Industri lain seperti pertanian, perkilangan dan sebagainya telah menerima dorongan berupa pelaburan besar dari pemerintah namun tidak industri seni.

Sekiranya industri tersebut berjaya ke peringkat antarabangsa maka ia akan mengharumkan nama negara serta membuat peminat seni dari bahagian dunia lain meniru budaya Malaysia, sebagaimana rakyat meniru budaya Barat, Korea dan sebagainya dari filem-filem mereka

Selain itu, Datuk Afdlin juga mahukan industri seni diberi lebih kebebasan dan jangan dikongkong dengan peraturan yang terlalu ketat sehingga menyukarkan untuk berkarya.

    0