Aug 5, 20201 min

Hukuman Ke Atas Najib Bukan Penghabisan, Terus Perangi Rasuah

Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin membahaskan Titah Ucapan Diraja berkenaan menentang rasuah. Pada tanggal 28 Julai, buat pertama kali perdana menteri Malaysia tercatat dalam sejarah dihukum 72 tahun penjara di atas tuduhan rasuah, penyelewengan dan penggubahan wang haram.

Dari segi pandangan dunia perbicaraan Najib Razak amat berlainan dengan kes Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah mendapat liputan badan-badan antarabangsa mengenai undang-undang dan dianggap sebagai perbicaraan politik. Namun dalam kes Najib tiada badan dunia mengikuti perbicaraan tersebut kerana menyedari ianya jelas berkaitan jenayah.

Selain itu, kata Shamsul, dalang utama 1MDB iaitu Jho Low masih belum ditahan. Beliau adalah Tok Dalang nombor satu yang belum ditangkap. Malaysia mempunyai Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional yang mempunyai SPRM, Imigresen dan sebagainya satu pasukan. Jangan kerana wang 1MDB telah dipulangkan RM18 bilion maka negara kendur sedikit dalam usaha membawa pulang pengkhianat negara.

    0