Nov 22, 20201 min

Hujan tidak halang Ahli Parlimen Ledang sampaikan bantuan

Hujan lebat yang melanda wilayah Johor sejak kebelakangan ini menambah kesukaran penduduk yang baharu sahaja tamat dikenakan Perintah kawalan Pergerakan Bersyarat.

Oleh itu, Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh menghulurkan sumbangan seboleh mungkin kepada penduduk yang terjejas dan kekurangan pendapatan pada musim pandemik Covid 19.

"Hujan tak menghalang untuk saya dan pasukan terus mengedarkan sumbangan barangan runcit dan sayuran. Petang ini di Taman Pemanis, Bekoh. Tok Ketua Zamri pun turut hadir.

"Semoga sedikit sebanyak membawa manfaat. Kita berikan barangan runcit dan 70 kilogram sayur hasil sumbangan saudara Tan, Timbalan Ketua AMK," katanya.

Syed Ibrahim juga sering memberi sumbangan berkala kepada penduduk yang kurang bernasib baik di kawasannya.

    0