Sep 23, 20221 min

Hassan Karim agih komputer kepada pertubuhan komuniti, pelajar universiti

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim baru baru ini mengagihkan sumbangan komputer kepada pertubuhan komuniti dan seorang pelajar universiti.

Beliau menyampaikan sebuah komputer dan pencetak mini kepada Pertubuhan Prihatin Sejahtera Saujana Plentong untuk memudahkan urusan kerja NGO tersebut

"NGO ini banyak berjasa membantu penduduk-penduduk di Taman Saujana mempertahankan tanah dan rumah mereka dari dirampas oleh pihak Pemaju, juga hal-hal kebajikan anggota masyarakat setempat di Flat Taman Air Biru, Pasir Gudang," katanya ketika menyampaikan sumbangan pada 21 September lalu.

Pada hari sama, Hassan juga menyampaikan bantuan komputer kepada seorang pelajar universiti dari keluarga B40.

"Semoga pelajar tersebut yang bakal menjadi guru dapat membantu keluarganya pada masa hadapan.

"Komputer tersebut disampaikan kepada ibunya Puan Aisyah, seorang ibu tunggal yang amat mengambil berat tentang pelajaran anaknya," kata Hassan lagi.

    0