Jan 26, 20221 min

Hasil pertanian 'Kebun kebun Indah' taman perumahan menggalakkan - Fahmi

Penduduk di kawasan perumahan bandar digalakkan melakukan aktiviti sampingan bercucuk tanam di celah celah kawasan lapang taman perumahan.

Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, konsep pertanian di kawasan lapang perumahan atau digelar 'Kebun kebun Indah' semakin mendapat sambutan warga Kuala Lumpur sejak kebelakangan ini.

Di kawasan beliau, katanya, kebun kebun kecil penduduk di Flat Gasing Indah misalnya telah mengeluarkan hasil yang mampu menjimatkan perbelanjaan harian penduduk yang mengusahakannya.

"Kebun kebun Indah di Flat Gasing Indah sudah ada hasil untuk dituai. Bendi merah, kacang panjang, peria, cili, dan macam-macam lagi diusahakan penduduk.

"Saya sangat gembira melihat usaha sebegini yang dapat dinikmati jiran tetangga. Saya harap link dengan wakil Pertubuhan Peladang yang hadir bersama dapat berikan inspirasi serta bimbingan agar Kebun kebun Indah terus berjaya," katanya.

Selain itu, kebun di Lembah Pantai ada juga kebun di Bangsar, Kerinchi, Sentosa @ Bayview Court dan yang terbaru di Flat Gasing Indah yang giat diusahakan dan mendapat sokongan padu dari Ahli Parlimen Lembah Pantai.

    1