Sep 30, 20211 min

Hanya STPM Kelayakan Tunggal Masuk Universiti

Mantan Menteri Pendidikan era Pakatan Harapan Dr Maszlee Malik berkata negara patut mengguna pakai Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STP) sebagai kelayakan tunggal pelajar masuk ke universiti.

Hal itu, katanya diamalkan di negara-negara maju. Sebaliknya di Malaysia pelbagai sijil boleh digunakan untuk masuk ke universiti, SPM, Matrik, Asasi dan lain-lain. Ini mewujudkan satu ketidakseimbangan, akhirnya timbul isu perkauman.

Timbul pelbagai isu lain kerana syarat kemasukan tersebut diputuskan 30 tahun lalu, keadaan 30 tahun lalu tidak sama seperti hari ini.

Kata Maszlee, untuk mendapatkan STPM pelajar perlu bersokolah selama 12 tahun dan tidak perlu peperiksaan utama lain sebelum sijil berkenaan.

    0