Jan 29, 20231 min

Gopal Sri Ram meninggal dunia

Timbalan Pendakwaraya kes rasuah isteri Perdana Menteri ke 6 Rosmah Mansur, Datuk Seri Gopal Sri Ram meninggal dunia hari ini pada usia 79 tahun.

Mendiang dilaporkan menghembus nafas terakhir di swasta di ibu negara.

Beliau sebelum ini merupakan bekas hakim Mahkamah Persekutuan dan dilapor dimasukkan ke wad di unit rawatan rapi sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur sejak dua minggu lalu.

Sementara itu Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah di atas pemergian mendiang Gopal.

“Takziah kepada keluarga mendiang Datuk Seri Gopal Sri Ram atas pemergian mendiang. Semoga urusan keluarga dipermudah dan keluarga kuat serta cekal berdepan khabar duka ini,” ciap Anwar di Twitter sejurus selepas berita pemergian Sri Ram dilaporkan.

Selain itu, bekas Peguam Negara Tommy Thomas dan beberapa ahli politik lain turut mengucapkan takziah.

    1