Sep 20, 20211 min

Generasi Keadilan Johor agih bantuan kepada OKU

NGO Generasi Keadilan Johor mengagihkan sumbangan kepada keluarga yang menjaga Orang Kelainan Upaya (OKU) di Parlimen Sembrong, baru-baru ini..

Menurut kenyataan Generasi Keadilan Johor, bantuan disampaikan oleh saudara Rosman yang melawat keluarga berkenaan di aman Sri Lambak, Kluang.

"Mohd Sobri dan isterinya menjaga sepupunya yang cacat sejak lahir, beliau tidak dapat menguruskan diri sendiri, bergantung harap kepada Sobri bagi menguruskannya.

"Sobri hanya berkerja mengambil upah memotong rumpat, pada musim PKP ini pendapatannya amat terjejas.

"Sedikit sumbangan barangan makanan, lampin dewasa dan sabun cuci baju dihulurkan bagi membantu meringankan beban Sobri," kata kenyataan itu

    0