Feb 16, 20211 min

Fuziah Salleh sumbang tablet kepada murid B40

Ketua Wanita KEADILAN, Fuziah Salleh menyumbang beberapa buah tablet kepada golongan memerlukan khususnya murid dari kalangan keluarga B40 di kawasan Parlimen Kuantan.

Beliau berkata, sumbangan itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan memudahkan murid dan pelajar untuk mengikuti pembelajaran di rumah.

"Sumbangan Tablet Samsung disampaikan kepada kumpulan yang pertama terdiri dari golongan B40 dalam kawasan Parlimen Kuantan," katanya.

Katanya, sumbangan alat peranti itu akan diteruskan di masa akan datang.

"Insya-Allah pihak Pusat Khidmat Parlimen Kuantan sedang berusaha untuk membantu kumpulan yang kedua dalam masa terdekat.

"Semoga dapat mengurangkan beban ibu bapa dalam memastikan anak-anak mereka dapat mengikuti PdPR dengan baik. Doakan kami dapat terus membantu rakyat," katanya.

    0