Jan 15, 20221 min

DUN Pasir Raja agih sumbangan pasca banjir

Meskipun banjir telah surut di Johor namun bantuan masih diberi kepada mangsa mangsa banjir yang musnah harta benda.

Baru baru ini Penyelaras DUN Pasir Raja, merangkap Setiausaha Angkatan Muda KEADILAN Johor, Fakharuddin Moslim menggerakkan program bantuan pembersihan rumah dan sumbangan barang keperluan pasca banjir di Lenga, Bukit Kepong di bawah Parlimen Pagoh.

"KEADILAN Johor khususnya di peringkat AMK Johor sentiasa komited membantu rakyat," katanya.

Turut bersama Ketua Cabang Pagoh, Subramani Chami ADUN Bukit Naning Md Ysahrudin Kusni dan ADUN Serom, Dr Faizol.

    0