Sep 27, 20211 min

DUN Batu Uban wujudkan 'call centre' bantuan kuarantin Covid 19

Pusat Khidmat ADUN Batu Uban, baru-baru ini menubuhkan 'Call Centre Bantuan Covid 19' bagi penduduk yang dijangkiti pandemik berkenaan.

Menurut ADUN Batu Uban, Kumaresan Aramugam, pusat bantuan itu telah ditubuhkan dengan kerjasama KEADILAN Negeri Pulau Pinang.

"Setakat ini staf Pusat Khidmat saya telah menelefon 220 orang kes positif Covid-19 yang menjalani kuarantin di rumah di Kadun Batu Uban dari senarai kes positif Covid yang dibekalkan oleh KKM .

"Kami bertanya tentang keadaan kesihatan mereka dan bantuan yang diperlukan seperti Pulse Oximeter, Self Test Kit, bakul makanan serta keperluan lain dibekalkan.

"Sekiranya mereka memerlukan bantuan kecemasan staf akan hubungi KKM untuk bantuan segera," katanya.

    0