Feb 41 min

Dr Zaliha lawat pembangunan di Kampong Bharu

Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa semalam melawat ke Kampong Bharu di tengah tengah ibu negara Kuala Lumpur.

Kampong Bharu terkenal dengan kontroversi projek pembangunan semula untuk mewujudkan bandar Melayu di tengah tengah metropolitan sejak tiga dekad lalu.

Menurut Dr Zaliha, kunjungan beliau ke Kampong Bharu itu adalah bagi meninjau pembangunan di kawasan berkenaan.

"Berkesempatan turun ke Kampong Bharu untuk mendengar taklimat progres terkini pembangunan di sini oleh Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu.

Diberi taklimat perancangan pembangunan

"Saya dibawa melawat sekitar Kampong Bharu dan melihat sendiri keadaan terkini serta pelan perancangan pembangunan di kawasan kampung yang terletak di tengah ibu negara ini," katanya dalam catatan di Facebook.

Dalam lawatan itu juga, Dr Zaliha berziarah ke salah sebuah rumah yang terbakar beberapa hari lalu. Beliau mendoakan semoga keluarga yang terkesan dengan musibah berkenaan tabah dengan dugaan.

Kemudian, Dr Zaliha melawat Pintasan Saloma yang merupakan jambatan untuk pejalan kaki dan penunggang basikal merentasi Sungai Klang dari Kampong Bharu ke Pusat Bandar Kuala Lumpur, dengan jarak sejauh 69 meter.

    1