Apr 21, 20211 min

Dr Michael Teo beri sumbangan kepada Hospital Miri

Dr. Michael Teo tidak melupakan tugasnya sebagai Ahli Parlimen Miri apabila tampil memberi sedikit sumbangan kepada Hospital Miri.

Sumbangan yang dibuat berupa 8 buah kipas angin berdiri dan 480 tin air minuman isotonik 100 plus kepada petugas barisan hadapan di hospital berkenaan.

Beliau berkata, sumbangan itu dibuat selepas mendapati terdapat beberapa kekurangan di hospital tersebut.

"Saya menerima berita bahawa mereka termaksud pesakit-pesakit di hospital berasa panas kerana perlu memindahkan pesakit-pesakit dari wad ke wad.

"Saya amat menghargai usaha petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus berusaha mengekang penularan wabak COVID-19.

"Mereka bukan sahaja sanggup mempertaruhkan nyawa demi memikul amanah yang diberi, malah mereka juga komited dalam melaksanakan tugas mereka untuk memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat Malaysia terjaga," katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada rakyat Miri yang sentiasa mengikut dan mengekalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

"Marilah kita doakan agar pandemik segera berakhir," katanya.

    0