May 22, 20221 min

Doakan ustaz Wan Ji segera sembuh - Saifuddin

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendoakan agar ilmuan KEADILAN, Ustaz Wan Ji Wan Hussin yang terlibat dalam kemalangan di Johor baru baru ini agar segera sembuh.

Beliau mengharapkan Wan Ji yang mengalami pendarahan di luar otak serta beberapa kecederaan lain mendapat rawatan perubatan terbaik di hospital.

"Semoga segera diberikan kesembuhan serta diberikan kemudahan dalam pengurusan rawatan saudara Ustaz Wan Ji bin Wan Hussin," katanya.

Saifuddin turut memuat naik di Facebook beliau rayuan derma untuk kos rawatan ustaz Wan Ji

Sebelum ini, Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA) KEADILAN juga mengeluarkan rayuan derma.

Menurut BIPPA, ustaz Wan Ji berjasa dalam mengungkapkan Islam sederhana sesuai dengan ideologi KEADILAN. Beliau juga giat dalam dialog antara agama bersama non muslim dan mahir dalam bidang maqasid syariah.

Derma boleh disumbangkan melalui akaun Maybank 162740134459 atas nama isteri Wan Ji, Salmizatulakma binti Salleh.

    0