Jan 13, 20211 min

Dana SIP 2 Bilion, Kenapa PN Gagal Bantu Pekerja Diberhentikan?

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) gagal memanfaatkan dana Skim Insurans Pekerja (SIP) yang berjumlah RM2 bilion.

Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid berkata dana SIP seharusnya digunakan ketika pekerja diberhentikan akibat pandemik Covid 19 seperti sekarang.

Beliau yang memperjuangkan SIP sejak sekian lama sehingga diwartakan pada 2018 jelas kecewa dengan tindakan kerajaan PN yang tidak memanfaatkan secara optimum simpanan para pekerja itu.

Katanya, SIP merupakan potongan 0.2% wang pekerja dan 0.2% wang majikan yang dicarumkan dalam tabung berkenaan.

Jika SIP digunakan sepenuhnya, dana ini juga menyediakan pinjaman kepada pekerja untuk memulakan perniagaan dan sebagainya dengan tempoh bayaran melebihi 5 tahun atau lebih.

Selain memberi elaun khas kepada sesiapa yang dibuang kerja dalam tempoh 6 bulan sebelum mereka menemui pekerjaan baharu.

    1