Nov 21, 20211 min

Calon DUN Paya Rumput teruskan janji perubahan

Calon DUN Paya Rumput, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin mengucapkan terima kasih kepada seluruh pengundi di DUN berkenaan yang mengundi beliau semalam.

Menurut Shamsul, beliau akan meneruskan perjuangan membawa perubahan ke DUN berkenaan

"Terima kasih kepada semua pengundi yang telah keluar mengundi di Dun Paya Rumput.

"Saya akan tetap meneruskan aspirasi saya untuk membawa perubahan di Paya Rumput selaras dengan janji saya," katanya.

Dalam pilihan raya semalam Shamsul tewas tipis kepada calon BN, Rais Yasin.

Rais mendapat 6,830 undi, manakala Shamsul mendapat 6,201 undi, di tempat ketiga calon PN Muhammad Fariz Izwan Mazlan yang mendapat 3,972 undi.

    0