Apr 22, 20211 min

'Bubur lambuk resipi istimewa untuk Parlimen Ledang'

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ledang pada Ramadan kali ini melaksanakan edaran bubur lambuk istimewa untuk juadah berbuka puasa kepada rakyat di sekitar Ledang, Johor.

Menurut Pegawai Khas Ahli Parlimen Ledang, Syed Safwan, bubur lambuk istimewa itu disediakan oleh ahli KEADILAN Cabang Ledang, Puan Mas Maria dengan resipi sendiri menggunakan bahan segar dan perencah istimewa.

"Edaran bubur lambuk ini berjalan lancar dan diteruskan walaupun diuji dengan cuaca hujan sejak kebelakangan ini di sekitar Ledang. Dengan bantuan penduduk tempatan dan anggota parti, edaran dilakukan di kawasan Pekan Rawang dan Parit Haji Othman, Tanjung Agas. Bubur lambuk juga diberikan kepada Ranting Tanjung Gading Barat dan Ranting Kesang.

"Edaran akan terus berjalan sehingga penghujung Ramadan. Semoga edaran bubur lambuk ini memberi kebaikan dan menjadi saham kebajikan kepada semua yang terlibat," katanya.

    0