Nov 10, 20201 min

Biro Politik KEADILAN minta laporan penuh gangguan bekalan air

Biro politik KEADILAN yang akan bermesyuarat esok akan meminta laporan penuh berhubung kejadian gangguan bekalan air yang berulang-ulang sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil, parti memandang serius mengenai isu tersebut yang menjejaskan jutaan penguna air di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

"KEADILAN amat memahami kegusaran dan kemarahan lebih 1 juta akaun pengguna di 1,279 kawasan di Lembah Klang yang terkesan sekali lagi dengan gangguan bekalan air akibat penutupan Loji Rawatan Air Rantau Panjang, Fasa 1, Fasa 2, dan Fasa 3 hari ini.

"Oleh itu, Biro Politik KEADILAN akan mengadakan mesyuarat esok antara lain akan meminta laporan penuh berkenaan isu ini, dibentang dan dibincangkan dengan teliti.

"KEADILAN memandang serius isu gangguan bekalan air yang sering berulang ini, dan pihak Kerajaan Negeri serta agensi-agensi terbabit perlu menanganinya pada kadar segera," katanya dalam satu kenyataan.

    0