Nov 30, 20201 min

Azmin amalkan politik melampau - AMK Sembrong

Angkatan Muda KEADILAN Sembrong menolak tohmahan Azmin Ali kononnya Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim mengamalkan politik melampau.

Menurut Ketua AMK Sembrong yang juga Naib Ketua AMK Johor, Mohamad Nasir Md Salleh (gambar, dua dari kanan), sebaliknya Azmin adalah ahli politik yang mengamalkan politik melampau menjatuhkan kerajaan mandat rakyat melalui pengkhianatan Langkah Sheraton.

"AMK Sembrong mengingatkan kembali kepada Azmin bahawa "Langkah Sheraton" yang beliau ketuai dahulu adalah satu kerja politik yang melampau serta menjijikkan sehingga jatuhnya kerajaan pilihan rakyat iaitu kerajaan Pakatan Harapan.

"AMK Sembrong juga ingin menyatakan kepada Azmin supaya bersikap terbuka dalam berpolitik dan tidak bersikap keanak-anakan yang sering ingin menumpang populariti insan lain dalam menaikkan diri sendiri.

"Pihak AMK Sembrong mahu Azmin menghentikan segera sandiwara politik yang beliau mainkan untuk memanipulasi isu-isu semasa berkaitan dirinya dan pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional," kata pergerakan itu dalam satu kenyataan.

Semalam Azmin mentohmah Anwar melakukan politik melampau apabila berusaha menggagalkan Belanjawan 2021 dan sekali gus akan menumbangkan pentadbiran Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

    0