Sep 4, 20201 min

Atas Kertas Muafakat Macam Kuat, PRU 15 Belum Tentu

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul menyifatkan kekuatan Muafakat Nasional (MN) yang digembar-gemburkan dengan kemasukan Bersatu hanya di atas kertas.

Katanya, sifir politik seringkali berlainan daripada jangkaan umum. Menurutnya MN mempunyai banyak masalah seperti logo bersama, manifesto dan calon perdana menteri yang tidak mungkin boleh diselesaikan dengan mudah.

Muhyiddin pula hanya berkuasa untuk menentukan kedudukannya ketika masih ada kedudukan Perdana Menteri.

Sebaik sahaja Parlimen bubar maka MN boleh berubah hati dan memilih formula lain untuk melantik PM kerana Bersatu mungkin menang paling sedikit kerusi sebagaimana dalam Pakatan Harapan yang lalu.

Johari juga ragu jika MN mampu menyelesaikan masalah dalaman mereka dalam 2 tahun sebelum PRU 15, sekiranya PRU pada 2023. Sekiranya dibuat lebih awal maka keadaan akan lebih bercelaru.

    1