Sep 17, 20211 min

Anwar terima kunjungan hormat Duta Palestin

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Duta Palestin ke Malaysia.

Menurut Anwar, beliau kekal menyokong hak asasi rakyat Palestin yang ditindas terus-menerus oleh rejim Israel.

"Menerima kunjungan hormat Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali di pejabat hari ini.

"Perbincangan kami menyentuh perkembangan dan situasi terkini di Palestin dan di dunia Islam.

"Saya turut mengulangi pendirian dan komitmen untuk terus bersolidariti dengan warga Palestin yang tertindas demi keadilan dan hak asasi manusia," kata Anwar dalam catatan di Facebook.

    0