Nov 29, 20221 min

Anwar menghadap Yang di-Pertuan Agong

Perdana Menteri (PM) Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Anwar Ibrahim diterima menghadap oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah semalam.

Menurut Anwar, majlis menghadap itu adalah rutin biasa PM dan Agong yang akan bertanya mengenai perkembangan semasa pemerintahan negara.

"Menjunjung kasih KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas perkenan menerima patik menghadap petang tadi.

"Sesi menghadap ini merupakan kali pertama sejak saya menerima surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia Perdana Menteri ke-10," katanya dalam satu catatan rasmi di Facebook beliau.

    2