Aug 8, 20221 min

Anwar bertemu Duta Palestin, nyatakan simpati kepada mangsa serangan Israel

Serangan Israel ke atas Gaza sejak 2 hari lalu menjadi tajuk utama perbincangan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali.

Pertemuan tersebut diadakan di kedutaan Palestin di Kuala Lumpur, malam tadi.

"Kami menyentuh pelbagai isu semasa, terutamanya perihal geopolitik dan penderitaan warga Palestin.

"Liputan media antarabangsa melibatkan Palestin ketimbang konflik di Ukraine sangat berbeda, tatkala penderitaan warga Palestin terus berlaku tanpa pembelaan dan Israel terus menginjak prinsip keadilan dan hak asasi manusia tanpa tekanan dari negara-negara Barat.

"Kami mengecam operasi militer yang digerakkan rejim Zionis baru-baru ini di Semenanjung Gaza yang mengorbankan seramai 31 orang awam Palestin, termasuk 6 kanak-kanak," kata Anwar dalam kenyataannya.

Turut serta dalam pertemuan itu adalah Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, Ahli Parlimen Balik Pulau Muhammad Bakhtiar Wan Chik dan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Adam Adli Abdul Halim.

    0