Apr 91 min

Anak yatim diraikan Persatuan Peniaga Kecil Melayu

Para pelajar tahfiz dan anak yatim dari Madrasah Tahfiz Darul Zakri baru baru ini diraikan oleh Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Melayu cawangan Bukit Beruntung (PPPKM) baru baru ini.

Beberapa Ahli Majlis Perbandaran Hulu Selangor dari Pakatan Harapan turut diundang untuk memberikan ucapan dalam majlis berkenaan termasuk Kamaruzaman Rahman yang mewakili Yang Dipertua majlis perbandaran.

Menurut Pengerusi PPPKM, Shaiful Anuar Sulaiman, majlis sebegitu diyakini dapat membina keyakinan rakyat kepada Kerajaan Madani yang sentiasa menyumbang untuk kebaikan semua.

Anak yatim dan anak ahli PPPKM diberi duit raya dan sumbangan kuih raya pada majlis berkenan.

    1