May 4, 20211 min

AMK Pulai sumbang juadah sahur kepada barisan hadapan

Angkatan Muda KEADILAN Pulai, Johor baru-baru ini menyumbang 100 pek makanan bersahur kepada petugas barisan hadapan di Bilik Gerakan Pusat Kuarantin Covid-19 Hospital Permai, Balai Polis Kempas dan Balai Polis Tampoi.

Menurut Ketua AMK Pulai yang juga Penyelaras N47 DUN Kempas, Faezuddin Puad, meluangkan masa menziarahi petugas barisan hadapan usai solat tarawih.

"Saya mengambil peluang menyumbangkan sedikit juadah sahur buat mereka. Sebanyak 100 pek makanan diedarkan kepada mereka semua.

"Kita semua menghargai pengorbanan dan penat lelah mereka yang selama ini berjuang melawan wabak Covid-19," katanya.

Beliau juga menyampaikan ucapan penghargaan Ketua Cabang KEADILAN Pulai, Jimmy Puah.

    0