Aug 17, 20221 min

AMK Gombak serah kepada polis insiden pergaduhan tular di media sosial

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Gombak kecewa dengan hantaran tular di media sosial terutama Facebook mengenai keterlibatan AMK Cabang Gombak dalam kes pergaduhan yang melibatkan sekumpulan remaja ketika mengadakan perlawanan persahabatan bola sepak baru baru ini.

Menurut Ketua AMK Gombak, Muhammad Husaini Mohd Yunos, insiden tersebut tidak wajar berlaku dan bukan melibatkan AMK secara keseluruhan.

"Pihak kami ambil maklum yang satu laporan polis telah dibuat dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti pesalah dalam kes ini.

"Suspek yang terhbat dalam pergaduhan tersebut dikatakan ahli AMK Gombak merupakan calon yang kalah pada pemilihan parti yang lepas. Kami selaku pimpinan AMK Gombak yang sah menentang sekeras-kerasnya perilaku yang tidak bermoral yang telah terjadi," katanya.

Menurut beliau lagi, AMK Gombak mahu siasatan segera dilakukan terhadap insiden berkenaan dan sesiapa yang bersalah harus dibawa ke muka pengadilan.

"Siasatan menyeluruh perlu disegerakan dan kami memberi ruang sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat siasatan dan menangkap pesalah yang terlibat," katanya lagi.

Husaini berharap dengan penjelasan yang diberikan dapat membersihkan nama AMK Gombak, sekaligus memberi pengajaran kepada semua supaya saling hormat menghormati antara satu sama lain.

    0