Apr 101 min

Aidilfitri, ajak rakyat ke arah perpaduan - Fahmi

Hari Raya Aidilfitri 2024 seharusnya digunakan untuk mengajak rakyat ke arah perpaduan.

Hal itu ditegaskan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam perutusan hari raya beliau.

Perkara itu penting, katanya, demi mengekalkan keharmonian agar negara tidak terjerumus ke kancah kekacauan.

"Sedang kita menikmati juadah, berkunjung-kunjungan dan bermaaf-maafan, jangan kita lupa kepada yang tidak senasib dengan kita.

"Sama-sama kita panjatkan doa kepada yang Maha Esa agar saudara-saudara kita yang berada di tengah-tengah konflik dan kekusutan diberikan kekuatan dan keteguhan dalam menghadapi dugaan yang melanda," katanya.

Sehubungan itu, Fahmi menyeru agar umat Islam Malaysia akur kepada titah Yang di-Pertuan Agong yang mahukan umat Islam negara ini meningkatkan perpaduan dan tidak terlalu tajam dalam berpolitik.

"Di samping itu, sama-samalah kita menyambut titah YDPA Sultan Ibrahim agar kita semua beri tumpuan untuk mengajak rakyat ke arah perpaduan dan meralisasikan masyarakat bersatu padu dengan harmoni," katanya lagi.

    1