Nov 24, 20201 min

Ahli Parlimen Tebrau bantu ibu tunggal, fakir miskin

Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon baru-baru ini mengedarkan bantuan barang-barang keperluan harian kepada keluarga ibu tunggal dan fakir miskin.

Katanya, bantuan itu diberi kepada 42 keluarga di 3 kawasan dalam Parlimen Tebrau

"Kami mengedarkan bakul makanan kepada 9 keluarga ibu tunggal di Flat Austin Perdana 4, 23 keluarga ibu tunggal di Flat Pelangi Indah dan 9 keluarga fakir miskin di Flat Desa Mutiara," katanya.

Steven mengucapkan terima kasih kepada pihak yang menyumbangkan bantuan juga yang membantu dari segi agihan.

    2