May 21, 20221 min

Ahli Parlimen Sungai Petani bantu veteran ATM

"Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul", itulah kalimat yang boleh diungkapkan ke atas penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh saudara Hashim Othman yang menetap di Taman Semarak, Sungai Petani, Kedah.

Menurut Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, Hashim sebagai tentera kini hanya terlantar akibat penyakit yang dihidapinya.

Prihatin terhadap nasib yang menimpa Hashim, Ahli Parlimen Sungai Petani yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas (Parlimen) Bagi Keselamatan dan Pertahanan melalui pegawai Pusat Khidmat Parlimennya tampil menghulurkan bantuan.

"Kami sumbangkan barang keperluan, berupa lampin dewasa pakai buang serta susu

"Pihak Pusat Khidmat Parlimen Sungai Petani turut sama membantu mengemaskini permohonan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk beliau," kata kenyataan dari pusat khidmat tersebut.

Datuk Johari dalam pada itu berharap Jabatan Kebajikan Masyarakat akan memperbaharui bantuan untuk Hashim selepas ini

"Nasib dan derita warga pesara ATM seperti Hashim Othman akan terus dibela dan dibantu kerana mereka merupakan perajurit yang telah mempertahankan negara," kata kenyataan itu lagi.

Permohonan kepada JKM untuk menyambung bantuan kepada Hashim

    0