Dec 10, 20221 min

Ahli parlimen Sg Petani rasmi program peningkatan prestasi pelajar

Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Taufiq Johari memenuhi jemputan merasmikan Program Peningkatan Prestasi SPM dan STPM Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pasir yang berlangsung di Swiss Avenue Hotel, Sungai Petani, baru baru ini.

"Di kesempatan ini saya turut berikan motivasi dan berkongsi pengalaman kepada para pelajar yang terlibat dalam program ini.

"Semoga ianya dapat memberikan suntikan semangat dan keazaman yang tinggi supaya mereka mampu menjadi pelajar yang cemerlang sekaligus membanggakan keluarga serta mengharumkan nama sekolah," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada warga pendidik SMK Sungai Pasir dan berharap kerjasama antara warga pendidik dan Ahli Parlimen kerajaan akan berterusan.

    1