May 18, 20221 min

Ahli Parlimen Pasir Gudang serah sumbangan smart tv

Sempena Hari Guru baru baru ini, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menyumbangkan peralatan elektronik sebagai alat bantu mengajar di Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 2.

"Saya sumbangkan 13 buah Smart TV. Sumbangan ini daripada Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Pasir Gudang kepada Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 2 sempena Hari Guru," katanya.

Hassan berharap peralatan itu akan bermanfaat kepada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah berkenaan.

    0