Jun 20, 20201 min

Ahli Parlimen Miri dilantik Naib Presiden KEADILAN baharu

Ahli Parlimen Miri, Dr Michael Teo Yu Keng dilantik sebagai Naib Presiden KEADILAN yang baharu.

Ketua Penerangan KEADILAN Sarawak, Abun Sui Anyit berkata pelantikan itu dibuat secara rasmi oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

"Pelantikan ini menunjukkan bahawa presiden dan KEADILAN prihatin terhadap Sarawak dan kepentingan ahlinya.

"Ini akan mengukuhkan lagi KEADILAN di Sarawak dan Malaysia secara keseluruhan, sebagai persiapan menjelang Pilihan Raya Negeri Ke-12, yang akan diisytiharkan bila-bila masa sahaja dari sekarang," katanya seperti dilaporkan oleh Borneo Post.

Dr Teo merupakan salah seorang pejuang Reformasi yang mengasaskan KEADILAN Sarawak pada 1999 dan kini memegang jawatan sebagai Pengerusi KEADILAN Miri.

Anwar juga melantik Dr Teo dan Pengerusi KEADILAN Baram, Roland Engan sebagai ahli MPP KEADILAN yang baharu.

    2