Feb 26, 20211 min

Ahli Parlimen Kapar santuni warga Pulau Ketam

Ahli Parlimen Kapar Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid menyantuni lebih 100 warga emas dan 50 kanak-kanak di Kampung Sungai Lima dan Kampung Pulau Ketam baru-baru ini.

Menurut kenyataan Pusat Khidmat Parlimen Kapar, kesemua warga kedua-dua kampung itu menerima ang pow dan makanan kering sempena Tahun Baharu Cina.

"Kehadiran rombongan disambut oleh Ketua Kampung Bagan Pulau Ketam, Chua Chuan Tie dan Ketua Kampung Bagan Sg Lima, Tan Chuee Cheng.

"Beliau (Abdullah Sani) yang juga merupakan Penyelaras DUN Selat Klang turut melawat persekitaran pulau berkenaan bagi memastikan segala infrastruktur di sini dalam keadaan yang memuaskan.

"Lawatan ke Pulau Ketam ini merupakan aktiviti berkala secara bulanan untuk saya lihat dan dengar sendiri permasalahan penduduk disini dan akan diteruskan oleh wakilnya jika terdapat kekangan masa," kata kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu lagi, antara perancangan yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat adalah Program ‘Food Bank’ yang akan dikoordinasikan oleh MPKK Pulau Ketam dan dibiayai oleh pihak Ahli Parlimen untuk mereka yang terputus makanan, yang mana penduduk boleh mngambil mengikut keperluan secara percuma.

Untuk rekod, DUN Selat Klang diwakili Datuk Abdul Rashid Asari dari Bersatu.

    1