Aug 7, 20221 min

Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya sumbang dana kelengkapan pengurusan jenazah

Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin semalam menyerahkan sumbangan dana bagi kelengkapan pengurusan jenazah di Rumah Pangsa Pantai Peringgit.

"Saya bersama penduduk Rumah Pangsa Pantai Peringgit hari ini. Pihak Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hang Tuah Jaya telah meluluskan peruntukan kepada persatuan penduduk di pangsapuri ini bagi melengkapkan keperluan bilik pengurusan jenazah

"Keperluan kepada pengurusan bersifat fardu kifayah ini adalah penting bagi sesuatu komuniti. Pihak kami berbangga apabila sekumpulan anak muda dilihat sangat cakna dengan perkara begini di komuniti ini," katanya.

Beliau berharap dengan sumbangan tersebut akan memberi manfaat sebaiknya kepada kariah di kawasan berkenaan.

    0