Jun 27, 20221 min

Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya sampai sumbangan kepada pesakit

Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin memberikan sumbangan kepada seorang pesakit di DUN Bukit Katil yang dimasukkan ke hospital.

"Sumbangan tunai saya beri kepada seorang warga Bukit Katil yang sakit dan dimasukkan ke hospital. Sumbangan ini bagi membiayai kos rawatan susulan.

"Selain itu sumbangan juga diserahkan kepada sebuah NGO yang melaksanakan beberapa aktiviti komuniti khususnya kepada warga di kawasan Parlimen Hang Tuah Jaya," katanya, semalam.

    0