Mar 25, 20221 min

Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya hadiri sambutan Hari Komanwel

Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin kelmarin menghadiri sambutan Hari Komanwel 2022 di ibu negara.

Menurut beliau, sambutan Hari Komanwel tahun ini yang bertema 'Delivering a Common Future' diharap akan membawa inspirasi kepada Malaysia.

"Sambutan ini dianjurkan oleh Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Malaysia (CPA Malaysia) yang bertujuan untuk meraikan sumbangan Komanwel dalam usaha mewujudkan persekitaran global yang harmoni.

"Malaysia komited untuk berkerjasama dengan negara-negara anggota Komanwel ke arah mencapai keamanan sejagat dan kemakmuran bersama," katanya.

Malaysia dan 53 negara-negara anggota Komanwel yang lain meraikan sambutan Hari Komanwel setiap tahun. Sambutan ini biasanya diadakan setiap tahun pada Isnin minggu kedua bulan Mac bagi meraikan jalinan persamaan, ikatan persahabatan dan sumbangan Komanwel dalam mewujudkan keamanan dan keharmonian.

Untuk tahun ini Hari Komanwel diadakan pada 23 Mac 2022.

    0