Jan 23, 20211 min

Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya beri sumbangan 'Back to School'

Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya yang juga Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Iskandar Mohd Akin memberi sumbangan peralatan sekolah dalam program Back to School kepada pelajar-pelajar yang memerlukan di kawasan Parlimen beliau, semalam.

Menurut kenyataan Wanita KEADILAN Melaka, sumbangan tersebut diberikan kepada 10 pelajar yang telah dikenal pasti dari Kampung Baroh, Bacang, Sarang Helang dan Taman Pantai Peringgit.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Ketua Wanita KEADILAN Melaka Elizah Asuan Kailani, AJK Pakatan Harapan Melaka Mizie, Noor Azham dan lain-lain.

    0