Mar 22, 20231 min

Ahli Majlis Subang Jaya (MBSJ) agih sumbangan Back To School

Ahli Majlis Bandaraya Subang Jaya, Danish Hairudin (gambar, bertopi) baru baru ini menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada murid murid di Puchong dalam program Back To School zon 14 MBSJ.

"Saya berkesempatan menyampaikan sumbangan Back To School kepada anak-anak Puchong yang akan memulakan sesi persekolahan 2023.

"Sebanyak 100 anak-anak Puchong yang terdiri daripada golongan asnaf, anak yatim dan keluarga B40 menerima manfaat daripada program ini. Sumbangan berupakan wang tunai RM100 berserta kelengkapan persekolahan.

"Mereka juga diberikan potongan rambut percuma oleh tukang gunting profesional," katanya.

Beliau berharap sumbangan tersebut akan memberi semangat murid murid tersebut memulakan persekolahan.

    1