Aug 8, 20221 min

Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bertemu Premier Sarawak

Updated: Aug 9, 2022

Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan Parlimen Datuk Johari Abdul mengadakan kunjungan hormat bertemu Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, semalam.

Beliau yang juga Ketua Whip Parlimen KEADILAN berada di sana dalam rangka lawatan kerja ke Sarawak bermula 8 sehingga 10 Ogos.

"Dalam Sesi kunjungan hormat ini kami membincangkan tahap kesiapsiagaan kawalan sempadan negara, peranan pos kawalan keselamatan dalam menangani isu penyeludupan serta infrastruktur strategik," katanya.

Tuurt bersama Johari adalah Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh.

    1