Apr 241 min

Agong berkenan santap minum petang bersama PM Anwar

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada Selasa berkenan meluangkan masa menikmati santap minum petang bersama Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu dikongsikan melalui satu perkongsian di Facebook rasmi Sultan Ibrahim.

"Yang di-Pertuan Agong berkenan santap minum petang bersama YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri di ibu negara hari ini (23 April).

"Terdahulu, Seri Paduka Baginda berkenan menerima mengadap YAB Perdana Menteri dalam pertemuan mingguan pra-Kabinet," kata hantaran itu yang turut memuat naik sekeping gambar.

Ini merupakan kali kedua Sultan Ibrahim berkenan menikmati santapan minum petang bersama Perdana Menteri.

Februari lalu, Sultan Ibrahim berkenan memandu sendiri bersama Anwar dari Istana Negara ke Restoran Paul di Pavilion Kuala Lumpur.

Sementara itu rata-rata pelayar media sosial turut memberikan komen positif terhadap keabraban dan hubungan baik kedua-dua pemimpin negara itu.

    1