Feb 131 min

Agong berkenan minum petang, saksikan tarian singa bersama PM

Hubungan baik Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim terserlah petang ini apabila baginda mencemar duli meluangkan masa untuk minum petang selepas PM mempersembahkan kertas kertas kabinet sebelum mesyuarat kabinet mingguan.

"Menghadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim petang ini bagi menyembah maklum urusan kertas-kertas Kabinet.

"Usai sesi tersebut, Baginda berkenan memandu sendiri kereta dengan membawa saya untuk santai minum petang di ibu kota," kata Anwar dalam catatan di Facebooknya.

Agong dan PM kemudian singgah untuk menyaksikan persembahan tarian singan sempena Tahun Baharu Cina di ibu kota.

"Sebelum berangkat pulang, Baginda dan saya turut meluangkan masa menyaksikan persembahan tarian singa bersempena perayaan Tahun Baharu Cina," kata PM lagi.

    1