Nov 14, 20201 min

ADUN Suka Menanti sampaikan sumbangan Deepavali

ADUN Suka Menanti, Kedah, Ir Zamri Yusuf (gambar, dua dari kanan) baru-baru ini telah menyampaikan sumbangan sempena Deepavali kepada masyarakat berketurunan India.

Beliau menyampaikan sumbangan kepada 90 keluarga yang memerlukan di Ranting KEADILAN Taman Wira, Ranting Telok Yan, Ranting Alor Semadom, Ranting Taman Sri Impian dan Ranting Seberang Perak

Kesemua ranting-ranting tersebut terletak dalam Cabang KEADILAN Alor Setar.

    1