Jan 26, 20211 min

ADUN Mengkibol sumbang bantuan kepada ibu tunggal

ADUN Mengkibol, Chew Chong Sin baru-baru ini menyumbang bantuan kepada keluarga ibu tunggal di Kluang.

Menurut Setiausaha KEADILAN Cabang Kluang, Jaafar Matek, dalam lawatan itu Chew telah menyumbang wang tunai kepada Puan Shila dan berjanji untuk memudahkan 5 anak-anak beliau belajar secara dalam talian semasa Perintah Kawalan Pergerakan.

"Ibu tunggal ini perlu menguruskan anak-anaknya seramai 5 orang yang bersekolah, anak-anaknya terpaksa bergilir-gilir berkongsi telefon pintar milik ibunya untuk belajar melalui aplikasi WhatsApp.

"YB Chew bersama-sama Kalytas, Ketua Cabang Kluang berkongsi masalah yang dihadapi oleh Puan Shlia. Chew berjanji akan mendapatkan telefon pintar untuk keperluan anak-anaknya belajar," katanya.

Dalam kunjungan tersebut, menurut Jaafar, Chew bermurah hati menyumbang barangan makanan dan juga wang tunai kepada Puan Shila.

    0