Nov 16, 20201 min

ADUN Bukit Naning beri bantuan kerusi roda

ADUN Bukit Naning, Md Ysahrudin Yusni (gambar, berbaju merah) baru-baru ini menyerahkan sumbangan kerusi roda kepada bekas imam, Bakthiar Kayatin di Kampung Ulu Semerah, Johor.

Katanya, imam itu telah mengalami stroke sejak beberapa lama dan memerlukan bantuan kerusi roda untuk menjalani kehidupan harian.

"Beliau mengalami stroke telah lama. Semoga beliau dikurniakan kesembuhan dalam menjalani kehidupan," ujar Ysahrudin.

Turut serta menyampaikan sumbangan ialah Naib Ketua Cabang, Azlan Hamid, Setiausaha Cabang, Idros serta Ketua Wanita Cabang, Nazila Juwahir.

    1