Apr 261 min

ADUN Batu Uban ziarah keluarga pegawai TLDM terlibat nahas helikopter

ADUN Batu Uban, A Kumaresan (kanan) semalam menziarahi keluarga pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Komander Muhammad Firdaus Ramli, 44, yang dikebumikan di kampung halamannya di Sungai Nibong Besar, Pulau Pinang.

Menurut Kumaresan, beliau menemui ayah Allahyarham di rumah keluarga di Pantai Jerejak.

"Tadi saya menziarahi rumah Allahyarham Komander Firdaus di Pantai Jerejak.

"Saya sampaikan salam takziah kepada ayah Allahyarham.

"Semoga keluarga tabah menghadapi dugaan ini," katanya.

Pada 23 April lalu, seramai 10 pegawai dan anggota dilaporkan terkorban dalam nahas dua helikopter TLDM yang bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, kira-kira jam 9.45 pagi Selasa

Dua helikopter model HOM-AW139 dan Fennec tersebut berlepas dari Padang Sitiawan pada jam 9.03 pagi.

Pesawat HOM-AW139 dilaporkan terhempas di dalam kawasan Stadium TLDM Lumut manakala pesawat Fennec terhempas dekat kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut.

    1