Feb 51 min

ADUN Batu Uban edar limau mandarin

Menjelang tahun baharu Cina yang akan disambut 10 Feb ini, ADUN Batu Uban, Kumaresan Aramugam mengedarkan limau mandarin kepada penduduk di kawasannya.

Semalam beliau mengedarkan limau di pasar Lip Sin & Super Tanker, terutama kepada warga emas untuk menggembirakan mereka.

"Mengedarkan Oren Mandarin sempena sambutan Tahun Baru Cina kepada pengunjung di Pasar Lip Sin & Super Tanker.

"Selamat tahun Baru. Semoga tahun ini membawa lebih banyak tuah, kesihatan, kemakmuran dan kekayaan kepada semua orang," katanya dalam catatan di Facebook.

    1