Nov 21, 20201 min

ADN Batu Tiga beri sumbangan kepada Otai Reformasi

Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Tiga, Rodziah Ismail (gambar, kiri) baru-baru ini memberi sumbangan barang-barang keperluan harian kepada NGO Otai Reformasi 1998.

Menurut Setiausaha Otai, Razak Ismail (gambar, tiga dari kanan), sumbangan diberikan kepada anggota-anggota yang memerlukan dan menghadapi kesukaran ketika berlangsungnya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.

"Terima kasih YB Rodziah Ismail Exco Kerajaan Negeri Selangor yang menyumbang barang-barang makanan kepada rakan-rakan Otai.

"Semoga Allah SWT merahmati usaha murni YB membantu rakan-rakan Otai yang terjejas ekoran PKPB Covid 19 ini," katanya.

NGO Otai Reformasi adalah penyokong dan pendokong setia perjuangan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak 1998.

    1